KAD NADI 30:
Terbuka kepada semua pengguna Perkhidmatan Bas Nadiputra Putrajaya
SYARAT - SYARAT PERMOHONAN KAD NADI 30
- Memuat naik MyKad semasa permohonan pendaftaran kad Nadi
- Pemohon dikehendaki untuk membawa MyKad yang asal untuk tujuan pengesahan semasa tuntutan kad di Kaunter Pusat Khidmat Pelanggan, Perbadanan Putrajaya, Presint 3.
KAD NADI 10:
Terhad kepada Pengguna Perkhidmatan Bas Nadiputra Putrajaya bagi tiga (3) kategori seperti berikut:
- Warga Emas
- Orang Kurang Upaya (OKU)
- Pelajar Sekolah RENDAH dan MENENGAH
SYARAT - SYARAT PERMOHONAN KAD NADI 10
- WARGA EMAS:
Terbuka kepada warga emas yang berumur 60 tahun dan ke atas
- Memuat naik MyKad semasa permohonan pendaftaran kad Nadi
- Pemohon dikehendaki untuk membawa MyKad yang asal untuk tujuan pengesahan semasa tuntutan kad di Kaunter Pusat Khidmat Pelanggan, Perbadanan Putrajaya, Presint 3.
- ORANG KURANG UPAYA (OKU):
OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran, psikiatri, pertuturan, pembelajaran dan lain-lain kecacatan fizikal
- Memuat naik MyKad dan kad JKM yang masih dalam tempoh sah laku semasa permohonan pendaftaran kad Nadi
- Pemohon dikehendaki untuk membawa MyKad dan kad JKM yang asal untuk tujuan pengesahan semasa tuntutan kad di Kaunter Pusat Khidmat Pelanggan, Perbadanan Putrajaya, Presint 3
- PELAJAR SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH:
PELAJAR SEKOLAH RENDAH:
Tahun 1 hingga Tahun 6
(umur 7 hingga 12 tahun) berdasarkan tahun kelahiran
PELAJAR SEKOLAH MENENGAH:
Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5
(umur 13 hingga 17 tahun) berdasarkan tahun kelahiran
- Memuat naik MyKad/MyKID/Surat Beranak semasa permohonan pendaftaran kad Nadi
- Memuat naik surat pengesahan pelajar daripada pihak sekolah untuk tujuan pengesahan pelajar
- Pemohon dikehendaki untuk membawa MyKad/MyKID/Surat Beranak yang asal untuk tujuan pengesahan semasa tuntutan kad di Kaunter Pusat Khidmat Pelanggan, Perbadanan Putrajaya, Presint 3